Ahad, 2 Mac 2014
Isnin, 24 Februari 2014
MAKLUMAN
Makluman kepada para ibu bapa,
BORANG
SELIDIK KEMUDAHAN INTERNET DI RUMAH DAN TAHAP PENGGUNAANNYA
Dengan
hormatnya perkara di atas adalah dirujuk dan berkaitan.
Sukacita
dimaklumkan bahawa, pihak sekolah melalui Unit TMK akan menjalankan kaji
selidik berkenaan tahap penguasaan murid-murid SK Banang Jaya berkaitan dengan
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
Sehubungan
dengan itu, sejajar dengan Anjakan ke 7 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
iaitu memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia,
dengan ini pihak sekolah memerlukan maklumat mengenai kemudahan internet di
rumah dan juga tahap penguasaan murid menggunakan teknologi internet.
Justeru
itu, pihak kami amat berharap agar pihak tuan/puan dapat membantu anak-anak
tuan/puan untuk memenuhisi maklumat yang dinyatakan di dalam borang selidik
yang dilampirkan dan seterusnya mengembalikannya semula ke sekolah melalui anak-anak
tuan/puan kepada guru kelas anak-anak tuan/puan masing-masing.
Sekian, terima kasih.
Sabtu, 22 Februari 2014
KATA LALUAN FROG
Kata Laluan FROG VLE SK Banang Jaya
* Untuk guru/staf dan juga ibu bapa dan murid baharu, sila dapatkan Yes Id anda daripada sekolah lama anda dan mohon pentadbir Frog (Frog Admin) sekolah lama anda mengeluarkan nama daripada sekolah tersebut (transfer out). Setelah itu, sila beri Yes Id anda kepada pentadbir Frog (Frog Admin) SK Banang Jaya.
Anda juga boleh mendapatkan kata laluan
melalui alamat web di bawah
Langgan:
Catatan (Atom)